Kebajikan Haiwan
Kebajikan Haiwan
🐾 Kebajikan Haiwan & Dana Keprihatinan
Di Slayer Mental Health, kami mempercayai bahawa keprihatinan tidak terhenti kepada manusia sahaja. Tahap kesihatan mental dan nilai kemanusiaan sesebuah masyarakat boleh dilihat melalui cara mereka melayan makhluk yang tidak boleh bersuara seperti kita, iaitu haiwan-haiwan yang mampu merasa sakit, takut, dan lapar.
Bahagian ini diwujudkan untuk menyokong kebajikan haiwan secara praktikal dan bertanggungjawab, bukan sekadar sentimen.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
Rawatan veterinar & kes kecemasan
Vaksinasi dan pencegahan parasit
Pemandulan (spay & neuter) bagi mengurangkan penderitaan jangka panjang
Makanan, perlindungan sementara & kos pengangkutan
Sokongan kepada shelter dan penyelamat haiwan yang disahkan
Kami tidak menjanjikan keajaiban. Kami menjanjikan amanah, akauntabiliti dan tanggungjawab.
🌍 Keprihatinan Merentas Agama
Kasih sayang terhadap haiwan bukanlah idea moden atau budaya tertentu. Ia adalah nilai sejagat yang diangkat oleh semua agama.
💳 Maklumat Sumbangan
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut:
Bank: Maybank
No. Akaun: 5622 2763 5516
Nama: Slayer Mental Health
Sebagai komitmen terhadap ketelusan, setiap perbelanjaan akan disertakan dengan resit dan dikongsi kepada para penyumbang, bagi menunjukkan dengan jelas bagaimana dana digunakan untuk kebajikan haiwan. Sila simpan resit dan hantar resit tersebut ke whatsapp kami di 011-6431 0450 untuk rujukan.
JUMLAH SUMBANGAN SMHS : RM 543.20
📑 Rekod Sumbangan & Penggunaan Dana
Sebagai bukti komitmen kami terhadap ketelusan, resit dan rekod perbelanjaan terdahulu dipaparkan di bawah. Dokumen-dokumen ini menunjukkan sumbangan yang telah digunakan secara langsung untuk pemandulan dan vaksinasi haiwan jalanan melalui perkhidmatan veterinar yang sah.
Setiap sumbangan yang diterima akan direkod, diaudit secara dalaman, dan dikongsikan kepada para penyumbang bagi memastikan dana digunakan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan haiwan sahaja.
RM 290 (Dua Ratus Sembilan Puluh) pada 16 December 2025, Memandulkan Anjing Betina Jalanan dan Vaksin Anjing Betina dan Jantan Jalanan, di Faith Veterinary Clinic, 33, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor.
RM 83.20 (Lapan Puluh Tiga Ringgit Dua Puluh Sen) pada 16 Disember 2025, untuk Pet Taxi, menghantar dua anjing jalanan ke Faith Veterinary Clinic, 33, Jalan USJ 21/10, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor.
RM 170.00 (Seratus Tujuh Puluh Ringgit) pada 20 Januari 2026, Menyuntik Vaksin untuk dua ekor anak anjing di Acura Veterinary Clinic, 32A-G, Jalan Aman Sinaria 4 Bandar Tropicana Aman Telok Panglima Garang, 42500 Selangor.